isrea.JPG.transformed.jpg

Israel lulus penempatan pertama di Tebing Barat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel meluluskan penempatan Tebing Barat pertama dalam tempoh dua dekad semalam, menjadi ujian penting pertama untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam usahanya mendamaikan Asia Barat.

Rumah Putih bertindak berhati-hati mengelak agar Tak mengutuk pengumuman itu tetapi pada masa sama berkata aktiviti penempatan Tak membantu usaha damai dan ia menjangkakan Israel Akan menyukarkan usaha di masa depan.

Namun reaksi ‘menjaga hati’ itu jauh berbeza berbanding kutukan spontan yang disuarakan pentadbiran Obama dalam reaksi kepada pengumuman penempatan Israel.

Malah kenyataan Rumah Putih lebih bersifat ‘mengalukan’ apa yang dilihat sebagai sedikit komitmen Israel dalam usaha untuk menarik perhatian Trump ‘mempertimbangkan’ penempatan tanpa ada jaminan pengumuman yang sama Akan berulang.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan keputusan itu lewat petang Khamis susulan mesyuarat dasar Keselamatan Kabinet beliau.

Netanyahu berikrar membina penempatan baharu sebagai pampasan kepada penduduk Amona, sebuah penempatan haram yang dimusnahkan pada Februari lalu susulan arahan Mahkamah Agung Israel.

Pengumuman pada Khamis itu mendedahkan, penempatan baharu itu akan dibina berdekatan penempatan Shilo.

Ia turut mengesahkan kerajaan sudah meluluskan untuk membina 2,000 pangsapuri berdasarkan kelulusan projek penempatan terdahulu. – AP

Israel lulus penempatan pertama di Tebing Barat

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *