23muncen2.transformed.jpg

Isteri Setiausaha Kewangan AS mohon maaf

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

WASHINGTON: Isteri Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin memohon maaf selepas menyiarkan foto Instagram dan komen yang disifatkan membuta tuli serta meninggi diri.

Louise Linton, 36, seorang pelakon Scotland, memuat naik gambar ke media sosial malam Isnin lalu ketika turun dari pesawat rasmi AS bersama Mnuchin.

Beliau turut menunjukkan baju pereka terkenal dan aksesori, termasuk cermin mata hitam Tom Ford, selendang Hermes serta kasut tumit tinggi Valentino.

Pasangan suami isteri itu baru kembali dari Kentucky selepas Mnuchin memenuhi undangan untuk berucap di Dewan Perniagaan Louisville dan melawat Depositori Bullion AS di Fort Knox.

GAMBAR fail, Setiausaha Kewangan AS, Steve Mnuchin dan isterinya Louise Linton tiba di helikopter Marine One dengan Presiden Donald Trump di atas dek kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford untuk upacara pentauliahannya di Naval Station Norfolk di Norfolk, Virginia pada 22 Julai lalu. – Foto REUTERS

Seorang pengguna media sosial, jennimiller29, meninggalkan komen mendakwa Linton menyalahgunakan wang pembayar cukai: “Lega kami dapat menanggung percutian kecil anda #menyedihkan.”

Linton yang Tak dapat menahan diri, pantas membalas: “Oh!!! Adakah anda fikir ini lawatan peribadi?! Comel!” jawabnya.

Bagaimanapun, komen Linton dilaporkan sudah dikeluarkan dari akaun Instagramnya.

Beliau turut menyatakan permohonan maaf menerusi pengurus publisiti pada hari itu.

“Saya memohon maaf atas komen di media sosial semalam dan jawapan saya. Ia Tak sesuai dan sangat Tak sensitif,” kata Linton dalam kenyataan yang diberikan kepada AFP.

Jabatan Perdagangan menganggarkan kira-kira 18.5 peratus daripada penduduk Kentucky hidup dalam kemiskinan. – AFP

Isteri Setiausaha Kewangan AS mohon maaf

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *