image281529.jpg

Isteri ubah Keroz Nazri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOMPOSER dan penyanyi, Keroz Nazri, telah sah bergelar suami kepada Siti Nurathirah Mohammad Zabir, 24, semalam.

Menurut Keroz atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Nazri, 33, majlis pernikahannya telah berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, mengikut adat Brunei.

“Alhamdulillah saya telah sah menjawat jawatan suami dan memikul satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan ALLAH SWT.

“InsyaALLAH, majlis resepsi akan berlangsung esok di Likas Square Kota Kinabalu. Manakala majlis resepsi belah saya akan diadakan pada bulan Jun depan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Ditanya detik percintaan dengan isterinya, Keroz berkata, dia mengenali isterinya disebabkan urusan perniagaan.

“Lepas berkenalan saya tertarik dengan keperibadian dia yang banyak mendekatkan saya pada agama.

“Selain itu pada pandangan saya, she is beauty with brain,” tuturnya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Keroz berkata, dia kini memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang perniagaan.

“Akan Tetapi semangat seni tu tetap ada dalam diri. InsyaALLAH saya ada projek band untuk keluarkan single kerohanian dan nasihat,” katanya.

Keroz sebelum ini pernah menyertai program Key Note dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta Gita itu.

Isteri ubah Keroz Nazri

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *