bugiil.transformed.jpg

Isu gambar lucah, Idris Khan luah perasaan?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Idris Khan antara bakat baharu yang rajin menjawab panggilan telefon atau membalas mesej, namun berdiam diri sejak isu penyebaran semula foto separuh bogel pasangan, yang didakwa menyerupai beliau dan aktres, Atikah Suhaime.

Bagaimanapun, malam tadi, Seniman berdarah campuran Melayu-Pakistan itu memuat status baharu di Instagramnya bersama gambar diri berlatarkan cahaya, yang seolah-olah membayangkan luahan berkaitan kontroversi yang Suam diperkatakan ketika ini.

“Mata Tak pernah bahagia dengan kejayaan manusia. Mata selalunya merah bila memandang manusia bahagia gembira. Hati Tak pernah lepas dari hasad. Hati selalunya busuk pada baik budinya jasad.

“Usah khuatir, biarkan kaki terus melangkah ke depan dengan gagah. Biarkan kaki menjadi bukti di atas setiap penganiayaan. Biarkan kami persembahkan erti sebenar kesetiaan persahabatan. Ingatlah rezeki itu datang bukan daripada manusia tetapi dari yang Maha Esa.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Berkuasa. Jika hari ini, kita tumbang kerana mulut dan kedengkian manusia. Esok kita akan bangkit dan melompat tinggi kerana kesabaran dan keberkatan.

“Ini hadiah dan kurnia daripada Tuhan. saya senyum tanda sabar kerana saya Islam yang Tak pernah gentar,” kata pemilik nama sebenar Muhammad Idris Khan Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 27, yang turut menyertakan ‘hashtag’ GodIsTheGreatest di hujung luahan.

Isu gambar lucah, Idris Khan luah perasaan?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *