katy-perry-3-18-17-billboard.jpg

Jadi Juri American Idol, Katy Perry Terima Bayaran Tertinggi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penyanyi Katy Perry kini sedang menikmati kebahagian dan keseronokan dalam hidupnya. Masakan Tak, pelantun Chained to the Rhythm ini dikhabarkan menerima bayaran USD 25 juta (RM107,325,000) untuk menjadi juri American Idol (AI) tahun ini.

Dengan bayaran lumayan tersebut, Katy Perry mengaku merancang untuk membelanjakan hasil pendapatannya itu bersama seorang lelaki. Perkara tersebut didedahkan ketika muncul dalam siaran radio 103.5 KTU, pada 23 Mei lalu.

“Saya sangat bahagia, sebagai seorang wanita, saya mendapatkan bayaran. Dan kamu tahu kenapa? Saya mendapatkan bayaran lebih daripada juri-juri lelaki di program tersebut.

“Dan, seut-sebut tentan saya mencintai lelaki. Jadi saya Adalah seorang wanita yang mendapat bayaran dan saya mahukan seorang lelaki tampan,” katanya seperti yang dilaporkan Aceshowbiz.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru muncul dengan single baru berjudul Bon Appetit ini menjelaskan dia bersetuju untuk menjadi juri AI bukan kerana bayaran lumayan itu. Sebaliknya dia mengaku sudah lama ingin menjadi sebagian daripada program pencarian berbakat tersebut.

“Saya memang sudah lama berhasrat untuk terlibat dengan program ini pada waktu yang tepat.

“Selepas berbincang selama bertahun-tahun, masanya masih belum sesuai, tetapi sekarang lah masanya”, ujarnya.

Katy Perry berharap dapat melahirkan bakat-bakat baru yang menarik di “American Idol”.

“Acara ini tentang pencarian bakat yang sebenar, Menciptakan impian orang menjadi nyata dan mendengarkan kisah mereka.

“Saya memandang anda. Saya mahu mendengar anda. Saya ingin menjadi saksi mata untuk anda,” kata bekas kekasih Orlando Bloom ini.

Jadi Juri American Idol, Katy Perry Terima Bayaran Tertinggi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *