image.jpg

Jaja Iliyes tekad kejar cita-cita

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BUKAN mudah bagi pelakon baru menongkah arus dalam dunia lakonan tempatan. Selain kemunculan bakat baru yang silih berganti, kualiti lakonan juga menjadi kayu pengukur sekali gus membuktikan kebolehan mereka untuk terus berada dalam industri ini.

Biarpun terpaksa menunggu lama  untuk lebih dikenali dalam industri lakonan tempatan, Jaja Iliyes, antara muka baru yang muncul menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 16), mengakui tanpa usaha berterusan, Tak mungkin impiannya untuk bergelar pelakon disegani akan datang bergolek.

“Saya percaya, andai kita ada usaha dan kesungguhan dalam apa sahaja perkara yang dilakukan, pasti akan membuahkan hasilnya.

“Hanya masa yang akan menentukan. Tak kisahlah sekejap atau lama masanya. Yang penting kita jangan mudah mengalah dan putus Harapan,” katanya.

Jaja mengakui sebelum mengikuti sesi uji bakat pencarian pelakon baru di DFKL lalu, perasaannya berbaur takut, gugup dan gementar.

Katanya, dia terlalu gemuruh dan seba-serbinya dirasakan Tak kena sebelum naik ke pentas uji bakat.

“Tetapi, saya cabar diri untuk ‘kalahkan’ perasaan tersebut dan lakukan yang terbaik,” katanya yang hadir bersama seorang rakannya yang mempunyai impian sama.

Justeru, menurut Jaja, mahu Tak mahu, dia perlu memberanikan diri kerana memang  bercita-cita menjadi pelakon sejak dulu.

Kini, gadis berusia 21 tahun itu Tak mahu menoleh ke belakang dalam mengejar cita-citanya.

Berkongsi mengenai perjalanan menempuh Senang-duka sebagai anak seni, katanya, usai menyertai uji bakat tersebut, aktres cantik dari Perak ini memberitahu sudah pun berlakon dalam beberapa drama yang kebanyakannya untuk siaran  TV3.

Tambahnya lagi, dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang begitu memahami dan menyokong minatnya terhadap dunia lakonan.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Awak Kat Mana.

“Saya juga gembira kerana dapat beraksi dalam drama Tujuh Hari Mencintaimu bersama Shukri Yahaya di slot Akasia TV3.

Sebagai pendatang baru, dia juga berbangga kerana dapat menjadi sebahagian pelakon Meh Sandar Pada saya bersama Mira Filzah dan dijangka bersiaran Februari depan.

“Syukur dengan rezeki yang hadir. Biarpun tidaklah sekencang seperti pelakon popular sedia ada, setidak-tidaknya saya sudah boleh rasa bangga kerana sudah mampu mencuba dan sedar potensi diri.

“Saya sendiri masih lagi baru dan banyak skil lakonan yang perlu dipelajari daripada penggiat seni senior,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Selain berbicara mengenai perancangannya dalam lakonan, Jaja memberitahu MH, dia juga cukup bahagia dan kagum dengan kredibiliti pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) yang dirasakannya sebagai antara insan seni sejati, yang menyerahkan seluruh jiwanya dalam lakonan.

“Kalau bercakap perihal idola, sudah pasti namanya akan saya sebut sebab beliau antara penggiat seni yang komited dan jujur. Saya sendiri membesar dengan lakonan beliau dan pastinya, saya juga mahu jadi seperti Kak Ogy suatu hari nanti, insya-ALLAH.        

“Namun saya sedar, masih jauh lagi untuk berada setara dengan beliau. Banyak ilmu lakonan yang perlu saya timba, selain mencari identiti sendiri yang berbeza dengan teman seperjuangan lain.

“Apa pun, sebagai muka baru, saya juga perlukan sokongan peminat.

“Harap kalian boleh menerima kehadiran saya seadanya,” pinta Jaja yang Akan memulakan sesi penggambaran sebuah lagi telemovie terbitan Zeel Production dalam waktu terdekat.

Jaja Iliyes tekad kejar cita-cita

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *