16lumpur1.transformed.jpg

Jalan ditutup akibat banjir lumpur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA PILAH: Hujan lebat lebih sejam petang tadi, menyebabkan banjir lumpur melanda sebahagian kecil kawasan pembinaan jalan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kampung Solok Paku, Terachi di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, laluan sepanjang kira-kira 50 meter ditutup lumpur tebal mencecah 0.3 meter menyebabkan jalan itu terpaksa ditutup sepenuhnya, sekali gus mengakibatkan kesesakan teruk lebih 10 kilometer di kedua-dua arah.

Keadaan banjir lumpur berlaku di kawasan Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kampung Solok Paku, Terachi akibat hujan lebat. – Foto ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni, berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa dipanggil untuk membersihkan jalan sebelum laluan itu dibuka semula kira-kira jam 7 malam.

“Bomba menerima panggilan jam 6.36 petang Bila sebuah kereta terperangkap ketika cuba meredah lumpur. Pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang cedera dan kita menolak kenderaan itu ke bahagian tepi jalan.

Keadaan banjir lumpur berlaku di kawasan Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kampung Solok Paku, Terachi akibat hujan lebat. – Foto ihsan Bomba

“Kita Tak dapat membersihkan laluan itu menggunakan pancutan air kerana lumpur terlalu tebal. Jalan itu hanya dibuka semula selepas JKR membersihkannya menggunakan jentolak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan trafik di laluan itu masih perlahan (sehingga jam 8.45 malam) kerana masih terdapat sisa lumpur yang akan dibersihkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor pembinaan jalan itu, pagi esok.

Jalan ditutup akibat banjir lumpur

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *