shopping23-o_BHfield_image_listing_featured.var_1590221940.jpg

Jalan TAR tetap jadi tumpuan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang sinonim sebagai lokasi tumpuan orang ramai membeli keperluan baju hari raya menjelang Aidilfitri tetap menerima pengunjung, biarpun dalam jumlah yang agak sedikit berbanding sebelum ini.

Tinjauan BH hari ini mendapati, ramai pengunjung mengambil kesempatan melakukan pembelian terakhir di TAR sebelum Aidilfitri esok, memandangkan sebelum ini mereka Tak dibenarkan keluar dari rumah.

Tinjauan juga mendapati pemilik premis perniagaan yang beroperasi tetap mengutamakan amalan penjarakan sosial, hanya membenarkan sejumlah pelanggan masuk ke premis dan penggunaan cecair pembasmi kuman selain memakai pelitup muka.

Bagi pengunjung, Tyra Omar, 32, berkata ini Adalah kali pertama beliau datang ke TAR selepas sekian lama Tak keluar dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan setiap orang.

Katanya, kedatangannya ke TAR untuk mencari kelengkapan baju hari raya, biarpun Tak dapat pulang ke kampung halamannya di Kedah.

“Memandangkan saya berseorangan di ibu kota ini dan Tak dibenarkan balik, jadi tidaklah beria sangat mencari kelengkapan, cuma hari ini ingin mencari ‘mood’ raya, jadi TAR antara lokasi yang sinonim bagi setiap orang berbanding pusat membeli belah.

“Sekurang-kurangnya esok, bila nak buat panggilan video pada keluarga, Adalah sedikit suasana hari raya dengan memakai baju baharu,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Begitu juga bagi pasangan suami isteri Shahrizad Mat Isa, 45 dan suaminya Omar Baki Mat Noh, 44, yang berkunjung ke TAR buat kali pertama sejak PKP dikuatkuasakan.

Katanya, ini Adalah peluang terakhir mereka untuk membeli kelengkapan baju hari raya anak-anak kerana sebelum ini hanya duduk di rumah saja.

ORANG ramai mengamalkan penjarakan sosial ketika berbaris di sebuah premis ketika tinjauan di Jalan TAR. - Foto Asyraf Hamzah
ORANG ramai mengamalkan penjarakan sosial ketika berbaris di sebuah premis ketika tinjauan di Jalan TAR. – Foto Asyraf Hamzah

“TAR menjadi pilihan kerana sudah menjadi kebiasaan orang kita untuk membeli baju hari raya. Walaupun Tak semeriah dahulu, namun auranya membuatkan kita tetap ingin berkunjung ke sini.

“Dalam pada itu, kami masih lagi bimbang dengan COVID-19 yang masih ada. Justeru kami akan sentiasa memastikan Tak terlalu dekat dengan orang ramai, memakai pelitup muka dan mengelak daripada tempat yang dikerumun orang ramai.

“Bimbang sebab kami pun ada anak di rumah, jadi kami juga akan pastikan Tak terlalu lama berada di luar. Suasana juga berbeza tahun ini, jika Tak kami tentu pulang ke kampung halaman di Melaka dan Kuala Selangor.

“Akan Tetapi tak mengapalah, kami sahut seruan kerajaan untuk terus kekal di rumah pada hari raya ini,” katanya.

Bagi peniaga tudung borong, Ashabal Khairi Shamsul Laut, berkata jualannya pada tahun ini hanya laku sebanyak 10 peratus saja berbanding sebelum ini iaitu 100 peratus setiap kali menjelang musim perayaan.

Katanya, ditambah dengan ketiadaan bazar yang sebelum ini sudah berpindah ke dataran, ada ketikanya memang tiada jualan langsung dapat dilakukan.

“Memandang konsep jualan kami ialah borong dan Tak produktif ketika ini, ada masanya kami terpaksa menjual secara runcit demi memastikan barangan kami terjual.

“Pelanggan kami kebanyakan di luar bandar yang memborong, jadi bila PKP berlaku, ia juga menjadi antara penyebab perniagaan kami Tak berjalan dengan baik,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • Jalan TAR tetap jadi tumpuan

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail