04suopian.transformed.jpg

Jambatan Karai atau Victoria Bridge Akan jadi warisan negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERKHIDMATAN terbaru KTM Komuter dari Padang Rengas – Bukit Mertajam – Foto Supian Ahmad

PADANG RENGAS: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam usaha untuk mewartakan Jambatan Karai atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge berusia 116 tahun dekat sini sebagai warisan negara.

Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ia sejajar hasrat untuk menjadikan jambatan itu sebagai ikon pelancongan dan tarikan utama pelancong ke Perak dan negara ini.

“Kita memandang faktor pelancongan (Victoria Bridge) sudahpun ada di kawasan ini, jadi pembangunan infrastruktur yang lebih baik juga akan dilakukan di sini,”¬†katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Perkhidmatan KTM Komuter Utara Padang Rengas-Bukit Mertajam di Stesen KTM Padang Rengas di sini, hari ini.

Sidang media diadakan di dalam koc yang bergerak dari stesen berkenaan ke Stesen KTM Taiping.

Mohamed Nazri merangkap Pakar Parlimen Padang Rengas berkata, perancangan pembangunan di kawasan sekitar ikon pelancongan itu nanti termasuk membina chalet dan juga homestay di tepi sungai.

Katanya, selain itu ikon berkenaan mempunyai potensi untuk dikembangkan menjadi antara lokasi pilihan bagi pasangan pengantin merakam gambar.

Mengenai pelancaran perkhidmatan KTM Komuter Utara Padang Rengas-Bukit Mertajam, beliau berkata kemudahan itu yang menyediakan 22 perkhidmatan sehari, dijangka mampu merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial di Padang Rengas dan sekitarnya.

Jambatan Karai atau Victoria Bridge Akan jadi warisan negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *