mancing.transformed.jpg

Jangan ambil tindakan sendiri – Nur Jazlan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (dua dari kanan) beramah mesra bersama peserta pertandingan memancing selepas merasmikan Pesta Memancing Sekampung @ Sungai Skudai di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru. – Foto – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri mengingatkan orang ramai terutama pemimpin masyarakat supaya Tak mengambil tindakan sendiri dalam usaha pencegahan jenayah yang dilihat lebih bertujuan mempopularkan diri sendiri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata orang ramai perlu menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kes jenayah kepada polis.

Katanya, tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang membawa media ke tempat kes jenayah seperti kegiatan perjudian dilihat sebagai usaha mencari nama kerana sepatutnya perkara itu dilaporkan kepada polis.

“Kita memang mahu pemimpin masyarakat seperti Jamal untuk membantu polis tetapi saya nak ingatkan di sini, polis ada unit D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) di bawah pasukan STAGG (Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat Judi dan Gangsterisme) yang turun ke bawah buat lawatan mengejut.

“Saya rasa isu ini jangan dipolitikkan sesetengah pihak. Kalau nak bagi maklumat kepada polis, mereka boleh bagi maklumat. Jangan (guna) maklumat itu nak mempopularkan diri dan juga memburukkan polis.

“Saya berharap tindakan seperti ini dihentikan kerana kita Tak mahu menggalakkan kes rakyat mengambil tindakan ikut hati sendiri sehingga menyebabkan keadaan keselamatan Tak terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Memancing Sekampung@Sungai Skudai, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Jamal melakukan ‘serbuan’ ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di Ampang, Selangor bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jamal dilaporkan berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan kegiatan Tak bermoral yang berlaku di Selangor.

Jangan ambil tindakan sendiri – Nur Jazlan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail