6cd2f2a2-0cc0-4049-ac8d-b9363d0bfb4c.transformed.jpg

Jari lekat di spanar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA bomba memotong spanar yang terlekat di jari kanak-kanak di Petra Jaya.

PETRA JAYA : Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memotong spanar yang terlekat di jari seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Gita, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Areel Iqram Mokhtar, 12, dikatakan bermain dengan alat itu dengan memusingkannya di celah jari manis di rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 2.39 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa dan keluarganya cuba mengeluarkan jari berkenaan namun gagal sehingga mereka terpaksa memanggil bomba untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkan jari berkenaan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko kecederaan,” katanya.

Jari lekat di spanar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *