12fuzi2.transformed.jpg

Jenayah seludup kereta mewah menurun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kes membabitkan penyeludupan kereta mewah berjaya diturunkan sebanyak 40 peratus, sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kerjasama antara polis Malaysia dan Thailand juga menyaksikan sebanyak 20 kereta mewah bernilai RM3 juta yang dicuri dan diseludup ke Thailand berjaya diperoleh semula

“Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, baru saja pulang dari Thailand untuk menerima kereta terbabit,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan pejabat baharu Sekretariat ASEANPOL serta Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Bank Rakyat, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Diraja Brunei, Datuk Paduka Seri Mohd Jammy Muhd Shah Al Islam dan Ketua Polis Singapura, Hoong Wee Teck.

Mohamad Fuzi berkata, beliau optimis lebih banyak kes membabitkan rentas sempadan dapat diselesaikan, termasuk menerusi kerjasama dengan Sekretariat ASEANPOL.

Ketua Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (kanan) menandatangani saksi buku pelawat oleh Pengarah Eksekutif ASEANAPOL Polis Kolonel Kenechanh Phommachack (kiri) selepas Pelancaran Pejabat Baru Sekretariat ASEANAPOL dan Upacara Penandatanganan Tugas Pengarah Eksekutif Bagi Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Berkembar Bank Rakyat hari ini. – Foto BERNAMA

Inspektor Jeneral Polis Diraja Malaysia Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menandatangani plak selepas Pelancaran Pejabat Baru Sekretariat ASEANAPOL dan Upacara Penangguhan Penerimaan Pengarah Eksekutif Bagi Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di Menara Berkembar Bank Rakyat hari ini. – Foto BERNAMA

“PDRM bekerjasama rapat dengan ASEANPOL membabitkan isu dadah dan penyeludupan senjata Barah.

“Selain itu, kita juga sentiasa berhubung polis Indonesia dan Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai isu pengganas Daish.

“Jadi tahun ini, saya positif lebih banyak kes membabitkan jenayah rentas sempadan dapat diselesaikan,” katanya.

Jenayah seludup kereta mewah menurun

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *