asobri8m.transformed.jpg

Jenazah Ahmad Sobri tiba di Terengganu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA polis dari IPK Terengganu membawa jenazah Allahyarham Ahmad Sobri setiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pagi tadi. – Foto Imran Makhzan

KUALA NERUS: Jenazah pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, jam 6.20 pagi tadi.

Ahmad Sobri Harun, 26, Adalah antara mangsa terkorban dalam nahas helikopter yang turut meragut nyawa Allahyarham Noriah bersama tiga lagi ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching, Sarawak, petang Khamis lalu.

Jenazah Ahmad Sobri diterbangkan dari Kuching, Sarawak dengan menaiki pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketibaan jenazah disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, yang diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Bukit Chempaka di sini, bagi urusan pengebumian.

Yang turut hadir, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Jenazah Ahmad Sobri tiba di Terengganu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *