zoyyyyy.transformed.jpg

Jenazah Kartunis Zoy selamat dikebumikan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BANTING: Jenazah bekas Ketua Unit Grafik BH, Mohd Zohri Sukimi, 57, yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sijangkang, di sini, pada jam 10.30 pagi.

Beliau yang juga seorang kartunis terkenal dengan nama Zoy meninggal dunia pada jam 4 pagi, selepas hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana masalah usus.

Jenazah Allahyarham tiba di rumahnya di Kampung Batu 8, Sijangkang pada jam 8.30 pagi, sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi keluarga serta teman rapat.

Yang turut hadir ialah Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Zoy terkenal dengan kartunnya bertajuk Si Takluk Jagat Lawan Si Sapu Bayu, ilustrasi yang berlatar belakangkan persilatan yang diterbitkan setiap Ahad.

Beliau meninggalkan seorang isteri serta empat anak.

Jenazah Kartunis Zoy selamat dikebumikan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *