wahidahlemaslgkawi.jpg.transformed.jpg

Jenazah kedua mangsa lemas ditemui

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan Jenazah Nor Aiman Wahidah selepas ditemui di perangkap sampah di Kampung Ulu Melaka, Langkawi, tengah malam tadi. – Foto ihsan Bomba

LANGKAWI: Jenazah kedua mangsa tragedi ‘kepala air’ air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, di sini, ditemui tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Hisham Ibrahim, berkata jenazah Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, ditemui pada jam 12.40 tengah malam.

“Mangsa ditemui orang awam di perangkap sampah dalam sungai di Kampung Ulu Melaka, kira-kira 5.8 kilometer dari lokasi kejadian.

“Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Terdahulu Jenazah Qistina Puteri Wira, 11, ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 800 meter dari tempat kejadian kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dengan dibantu anggota polis mengangkat seorang kanak-kanak perempuan yang maut, manakala tiga lagi hilang dihanyutkan arus di kawasan air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang di Langkawi, semalam. – Foto ihsan Bomba

Dalam kejadian 4.30 petang itu, dua kanak-kanak terselamat manakala seorang maut dan tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras.

Sehingga kini, Anis Syahtirah Saad, 12, dari Kampung Lawer dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut masih hilang.

Ahmad Hisham berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada 7 pagi ini dengan pasukan bomba Menciptakan pencarian permukaan sungai di Kampung Bukit Kemboja, di sini.

“SAR yang memasuki hari kedua turut membabitkan penyertaan anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya.

ORANG ramai berkumpul di tempat kejadian di Lubuk Semilang, Langkawi untuk mengetahui perkembangan operasi mencari dan menyelamat. – Foto Hamzah Osman

Jenazah kedua mangsa lemas ditemui

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *