jenazahsolatmaznah.transformed.jpg

Jenazah Maznah Hamid selamat dikebumi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Jenazah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selamat dikebumikan pada jam 5.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini.

Suasana pilu turut menyelubungi kawasan perkuburan Bila lebih daripada 300 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada wanita yang terkenal dengan gelaran Iron Lady ini.

DATUK Seri Shaheen Mirza Habib ketika berada di sisi jenazah isterinya, Datuk Maznah Hamid di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Terdahulu, solat jenazah dilakukan dua kali di rumah Allahyarham dan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan ini.

Allahyarham yang juga Exco Wanita UMNO meninggalkan lima cahaya mata, Datin Nur Sharmila, 37, Shahril Reza, 36, Nurul Shameem, 32, Mohamad Shafiq Azim,28 dan Mazreen Shanim, 24.

Jenazah Maznah Hamid selamat dikebumi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *