hafiozashnar1.transformed.jpg

Jenazah Mohamad Saiful selamat dikebumikan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JASIN: Jenazah Mohamad Saiful Ashnar, 31, juruelektrik kapal MV Ocean Geos yang terbakar di perairan Kuala Baram, Miri, Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Merbau, di sini, kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah Allahyarham diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada Pakar keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Terdahulu, jenazah Mohamad Saiful yang di bawa pulang dari Sarawak oleh abang sulungnya, Mohd Asmawi Ashnar, 33, bersama sepupu, Harith Daniel Abdullah, 40, dan Muhammad Ariffin Osoman, 40, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 4.30 petang.

Jenazah Allahyarham yang mesra dengan panggilan Epol, dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Asia Selatan pada jam 8.45 malam disambut kira-kira 400 orang, termasuk saudara-mara dan rakan.

Selepas kira-kira 20 minit di rumah, jenazah Allahyarham kemudian di bawa ke Masjid Marbawi Ayer Merbau untuk solat jenazah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Merbau.

MUHAMAD Hafiz Ashnar menunjukkan gambar abangnya, Mohd Saiful. – Foto Rasul Azli Samad

Dalam kejadian 3 pagi Selasa lalu, seramai 38 kru kapal terbabit terjun ke laut bergelora untuk menyelamatkan diri, tetapi Mohamad Saiful gagal ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Sampai mayatnya dijumpai di dalam kapal terbabit jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Mohamad Saiful meninggalkan isteri, Khairul Dalila Ahmad Ridzuan, 31, dan dua anak, Mohamad Syafi Khalish masing-masing berusia tiga tahun dan dua bulan.

Jenazah Mohamad Saiful selamat dikebumikan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *