WhatsApp_Image_2018-07-11_at_7.24.33_AM.jpeg.transformed.jpg

Jenazah Mohd Akasha dituntut abang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MUAR: “Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur selepas hampir empat bulan, jenazah adik saya, Mohd Akasha, ditemui,” kata Azral Azizan, 37.

Azral yang juga abang sulung kepada Mohd Akasha, 25, seorang daripada kru kapal korek JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Parit Jawa di sini pada 21 Mac lalu berkata, pengesahan jenazah adiknya yang kelima dari enam beradik itu dibuat menerusi ujian asid deoisiribonukleik (DNA).

“Alhamdulillah, awal pagi ini juga kami akan membawa pulang jenazah ke Alor Setar dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Masjid Batu 3 Tandop, Alor Setar pada esok (hari ini).

“Kalau ikut rekod, jenazah adik saya ini ditemui pada 19 Jun lalu, tetapi disahkan Mohd Akasha pada semalam menerusi panggilan telefon daripada pihak polis Muar dan juga hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, hari ini.

Azral berkata, berikutan panggilan itu beliau bersama adik dan saudara terdekat bergegas ke HPSF pada petang semalam bagi pengurusan jenazah Mohd Akasha.

“Kami sekeluarga amat bersyukur dengan berita ini. Mak saya pun Alhamdulillah masa saya buat panggilan tadi pun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Mohd Akasha ada tempat untuk dikebumikan.

REAKSI Pakar keluarga Mohd Akasha ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar, hari ini. – Foto Adi Safri

“Rancangan kami nak kebumikan di sebelah kubur arwah ayah tetapi tak tahu lagi macam mana. Pihak pengurusan masjid pun tunggu saya pulang dari sini tetapi kalau ikutkan, nak letak (kebumikan) bersebelahan kubur ayah kami,” katanya.

Ditanya apakah usaha yang dilakukan keluarganya sepanjang hampir empat bulan tragedi berkenaan, beliau berkata pihaknya banyak melakukan solat hajat dan berdoa supaya jenazah adiknya akan ditemui dan bersyukur kerana doa itu dikabulkan oleh Allah.

“Semalam pun kami ada panggil pihak pelajar tahfiz untuk buat tahlil arwah ayah dan Mohd Akasha. Alhamdulillah, semalam buat, hari ini kami dapat keputusannya dan kami amat bersyukur.

“Sebelum ini kami juga buat solat hajat… masa di Muar, di Batu Pahat, hampir setiap hari buat solat hajat dengan keluarga untuk Mohd Akasha,” katanya.

Mohd Azral dan adiknya bersama saudara serta kenalan terdekat tiba di Unit Forensik petang semalam bagi menuntut dan menguruskan jenazah adiknya. Jenazah Mohd Akasha kemudiannya dimandikan dan dibawa pulang ke Alor Setar kira-kira 2.30 pagi tadi.

Pada 21 Mac lalu, media melaporkan sebuah kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik kira-kira 7.50 pagi pada kedudukan 8.5 batu nautika dari Perairan Parit Jawa, Muar.

Jenazah Mohd Akasha dituntut abang

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *