lahad1.transformed_0.jpg

Jenazah tiga beranak dikebumi satu liang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MACHANG: Jenazah tiga beranak yang kemalangan di Kilometer 60.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Bata di sini, petang ini.

Jenazah Mohd Nizam Suhaidin, 34, dan pasangannya, Noor Hafizah Ismail, 34 serta seorang anak pasangan itu, Muhammad Afiq Mohd Nizam, 6, disolatkan di Masjid Al Amir Mukim Wakaf Bata, sebelum dikebumikan dalam satu liang pada jam 5.45 petang.

Sebelum itu, jenazah ketiga-tiga mangsa dibawa terus ke masjid berkenaan dengan dua van jenazah dari Hospital Gerik pada jam 12 tengah hari tadi.

Suasana pilu dan hujan renyai mengiringi ketibaan ketiga-tiga jenazah berkenaan yang turut dihadiri lebih 200 saudara-mara dan kenalan.

Ketiga-tiga mereka maut dalam kemalangan pada jam 4.30 petang semalam Bila kereta yang dinaiki mereka dilanggar treler membawa muatan balak di tempat kejadian.

Pemandu treler itu, Redzuan Abd Ghani, 59, turut terkorban dalam kemalangan itu.

PENDUDUK kampung membantu mengangkat jenazah tiga sekeluarga Noor Hafizah bersama suaminya, Mohd Nizam Suhaidin, 34, dan anak mereka, Muhammad Afiq Mohd Nizam, 6, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 60.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Gerik kelmarin untuk dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Mukim Wakaf Bata. – Foto Faris Zainuldin

Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Nur Hanania Maisara Mohd Nizam, 3, kini dikatakan dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Ipoh.

Difahamkan, kereta dinaiki empat beranak itu, dalam perjalanan dari Gerik menghala ke Jeli, manakala treler terbabit dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Jenazah tiga beranak dikebumi satu liang

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *