22jumpa2.transformed.jpg

Jenazah warga tua hilang ketika memancing ditemui

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BATU PAHAT: Jenazah warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi.

Mangsa, Syukri Masran@Maseran, 72, ditemui pasukan skuba Bomba dan Penyelamat kira-kira 200 meter dari Jeti Sungai Simpang Kiri, Seri Medan, dekat sini kira-kira jam 3.52 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya, berkata mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai ketika sedang membuka ikatan sampannya di jeti berkenaan.

Katanya, sampan mangsa pula ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari jeti berkenaan dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Jenazah warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi. – Foto ihsan APM

“Seramai 10 anggota daripada pasukan Skuba Bomba Johor Bahru terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama kira-kira 11 jam yang bermula sejak jam 9.38 malam tadi sehingga Jenazah ditemui jam 3.52 petang tadi.

“Anggota skuba bomba menggunakan peralatan khas bagi mencari mangsa sehingga akhirnya Jenazah mangsa timbul di permukaan sungai.

“Turut membantu operasi SAR ini Adalah 10 anggota Bomba dan Penyelamat Yong Peng, 13 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. Mohd Asroy berkata, sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Yong Peng bersama dua bot serta sebuah pacuan empat roda digunakan dalam operasi SAR yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jenazah warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi. – Foto ihsan APM

Pagi tadi, BH Online melaporkan warga tua berkenaan yang pergi memancing seorang diri itu hilang selepas keluar rumah pada jam 5.30 petang serta gagal menjawab panggilan ke telefon bimbitnya. Motosikal mangsa ditemui penduduk kampung di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sungai malah telefon bimbit serta rokok milik mangsa turut ditemui di sebarang sungai kawasan tempat memancing mangsa dipercayai hilang.

Jenazah warga tua hilang ketika memancing ditemui

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *