13ali.transformed.jpg

JIM buru sindiket palsu kad sementara PATI

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TANAH MERAH: Sindiket memalsukan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengaburi pihak berkuasa, berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata sindiket ini membabitkan warga tempatan dan luar negara.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah mengesan lebih 50 kes membabitkan PATI yang memiliki E-Kad palsu.

“Kita mengesan pemalsuan E Kad ini menerusi operasi yang dijalankan selepas tempoh permohonan kad berkenaan tamat pada hujung Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika adakan lawatan kerja di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah. – Foto Mohamad Sahidi Yusof

“Siasatan awal kita dapati bayaran yang dikenakan antara RM1,000 Sampai RM4,000 yang dikenakan sindiket didalangi warga tempatan dan luar negara termasuk Bangladesh dan Myanmar.

“Setakat ini ada yang sudah dibawa ke mahkamah dan masih banyak yang perlu penelitian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Interaksi dan Amanat Ketua Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Tanah Merah, hari ini.

Pada majlis itu seramai 200 pegawai dan anggota JIM Kelantan turut melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Yang turut hadir, Pengarah Imigresen Kelantan Saupee Wan Yusoff dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof.

JIM buru sindiket palsu kad sementara PATI

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *