1455426439_image28429.jpg

Jiwa Salina Saibi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAGI mereka yang setia mengikuti drama bersiri bercorak kepolisan, Gerak Khas di TV2, pasti Tak perlu diperkenalkan lagi dengan karakter Asisten Supritendan Salina yang dilakonkan oleh Salina Saibi.

Bahkan biarpun pelakon drama bersiri yang mula bersiaran sejak 1999 ini bertukar ganti, namun Salina terus setia bersama Skop Production dalam menjayakan drama berkenaan.

Berkongsi penglibatannya dalam drama berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui, dia puas kerana dapat membawakan karakter tersebut.

“Saya tak nafikan Senang terlibat dalam drama ini, sampai Datuk (Yusof Haslam) pun kata saya masih setia bersama team Gerak Khas.

“Antara sebab utama saya masih setuju untuk membawakan karakter Asisten Supritendan Salina Adalah kerana saya puas dapat berlakon dalam filem berkenaan.

“Saya sukakan watak itu dan karakter lasak sebegitu dan bekerja bersama team produksi juga memberi satu keselesaan kepada saya kerana kami diibaratkan seperti keluarga besar,” katanya.

Menurut Salina, walaupun karakternya sebagai anggota polis agak terbatas Bila melibatkan babak kerja, namun dia cuba mengembangkan dan memberi kelainan pada babak melibatkan hal peribadi.

“Tak dinafikan, Bila melibatkan babak ketika kerja sebagai anggota polis, kita telah dimaklumkan apa yang Tak boleh dilakukan.

“Bila dah lama dan sejak awal lagi, saya memang Tak ada masalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh PDR M (Polis Diraja Malaysia).

“Jadi saya cuba berikan kelainan Bila memasuki bab peribadi Asisten Supritendan Salina, apatah lagi, dia mempunyai konflik dengan perkahwinannya,” jelasnya.

Salina berkata, komitmen yang tinggi terhadap drama Gerak Khas membuatkan dia terpaksa memberi tumpuan terhadap drama ini.

Dek kerana itu juga, dia sukar menerima tawaran lain kerana enggan terkejar-kejar.

“Bila dah menjadi ibu kepada dua cahaya mata dan anak kedua pula baru 10 bulan, jadi saya tak mahu jadual kerja saya terlalu padat.

“Bila fokus pada satu kerja sahaja pada satu masa, jadi saya ada masa untuk diluangkan bersama keluarga.

“Mujurlah Bila saya kerja, ada ibu yang membantu menjaga anak dan suami.

“Jadi bila ada tawaran lain datang, saya terpaksa tolak kerana tak mahu pentingkan diri sendiri,” katanya.

Drama Gerak Khas 2016 akan mula disiarkan setiap Jumaat bermula 4 Mac ini, jam 9 malam di TV2.

Drama bersiri yang mula diterbitkan sejak 1999 itu turut dijayakan pelakon seperti Raja Ilya, Fattah Amin, Salina Saibi, Mas Khan, Tisha Shamsir dan Deen Maidin.

Jiwa Salina Saibi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *