07najib4.transformed_0.jpg

JKR perlu jadi ejen perubahan pembangunan negara – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua kiri) dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha (kiri) bergambar berlatar belakang Menara Kerja Raya selepas merasmikan Majlis Perasmian Menara Kerja Raya di Menara Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. – Foto Zulfadhli Zukifli

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi ejen perubahan kepada pembangunan negara dan bukan sekadar jabatan teknikal semata-mata.

Perdana Menteri berkata, JKR harus lebih berani dan inovatif menggalakkan pembinaan berteraskan teknologi hijau dan mesra alam selaras dengan kehendak semasa serta akan datang.

“JKR Tak boleh menumpukan lagi kerja kepada pembinaan bangunan sahaja. Walaupun itu peranan utama JKR, tetapi JKR Tak boleh berpuas hati dengan teknologi sedia ada.

“Kita mesti ambil langkah berani untuk menggunakan teknologi baharu sama ada dari luar atau hasil Penemuan anak tempatan. Kementerian Kerja Raya Tak harus memandang JKR sekadar jabatan teknikal sahaja tetapi sebagai ejen pembangunan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Menara Kerja Raya milik Kementerian Kerja Raya di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

JKR perlu jadi ejen perubahan pembangunan negara – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *