koolhot12a.transformed.jpg

JMT, Hey Ladies juara Lawak Vaganza dan Super Karoks

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JUARA Super Karoks, Intan Sarafina (dua dari kanan) dan Elyana (kanan) serta juara Lawak Vaganza, Shuk (kiri), Issey (dua dari kiri) dan Bell Ngasri (tengah) pada Majlis Kemuncak Lawak Vaganza dan Super Karoks di Talent Lounge, Damansara, hari ini. – Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Kumpulan JMT dan Hey Ladies, masing-masing diumumkan sebagai juara program anjuran Hot FM dan Kool FM, Lawak Vaganza serta Super Karoks , di sini hari ini.

Juara Lawak Vaganza yang disiarkan menerusi Hot FM, JMT dianggotai Bell Ngasri dan Shuk serta pengurusnya, Issey membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 sekali gus mengenepikan tiga lagi pencabar, Oh Boy yang dibarisi Acong bersama Ropie selain Selaseh (Abam/Mark Adam) dan Acak (Achey/Black).

Manakala Super Karoks yang dikelolakan di saluran Kool FM, Intan Sarafina dan Elyana selaku tunjang Hey Ladies menewaskan empat kumpulan lain iaitu AM (Ayai/Maya); Lazat 111111(Rahmad/Ezad Lazim) dan Gorgeous Mom (Amelina/Raja Ema). Sebagai juara, dua penyanyi itu menerima RM15,000.

Hadiah Di Katakan Ketua Program Kool FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood dan Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

Program yang disiarkan berasingan di dua stesen radio itu bermula sejak tiga minggu lalu membabitkan Lawak Vaganza sebagai program komedi radio yang menyaksikan pelawak melakukan sketsa selama tiga minit mengikut tema setiap minggu.

Berdasarkan undian pendengar Hot FM, JMT memperoleh 45 peratus diikuti Oh Boy (39 peratus) dan Selasih (16 peratus), sementara Acak tersingkir pada minggu kedua.

Manakala Super Karoks iaitu program berunsur nyanyian karaoke radio membariskan penyanyi yang pernah menempa nama dalam industri seni suara suatu masa dulu.

Sepanjang tiga minggu bersiaran di Kool FM, Super Karoks berjaya mengumpul undian sebanyak 7,331,711 dengan jumlah 4,105,152 diperoleh pada minggu terakhir.

JMT, Hey Ladies juara Lawak Vaganza dan Super Karoks

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *