foreign-o-korear_BHfield_image_listing_featured.var_1555997796.jpg

Jong-un jumpa Putin esok atau lusa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan mengunjungi Russia Tak lama lagi untuk pertemuan pertamanya dengan Presiden Vladimir Putin, lapor media tempatan hari ini, mengesahkan pengumuman Kremlin.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, Jong-un akan mengunjungi Persekutuan Russia atas jemputan Putin.

“Mereka akan mengadakan perbincangan ketika lawatan,” kata kenyataan ringkas. KCNA bagaimanapun Tak menjelaskan lanjut bila atau di mana kedua-dua pemimpin akan berjumpa.

Minggu lalu, Kremlin berkata, Putin dan Jong-un akan berjumpa di Russia pada minggu kedua April namun Tak memberi butiran lanjut.

Mereka dijangka berjumpa di bandar pelabuhan timur Russia di Vladivostok, kemungkinan pada Rabu atau Khamis.

Gambar perkampungan di pinggir bandar timur laut Korea Utara di Rason, berhampiran sempadan China dan Russia. – Foto AFP

Ia Adalah pertemuan pertama antara pemimpin Korea Utara dan Russia sejak Kim Jong-il, bapa pemimpin terkini berjumpa Dmitry Medvedev lapan tahun lalu.

Russia memiliki hubungan mesra dengan Pyongyang serta menyediakan bantuan makanan dan Putin sekian lama menyatakan kesediaan beliau berjumpa pemimpin rejim.

Pertemuan mereka diadakan kurang dua bulan selepas rundingan di Hanoi, Vietnam, antara Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump gagal tanpa sebarang perjanjian.

Penganalisis berkata, Jong-un berjumpa Presiden China Xi Jinping empat kali dalam tempoh setahun namun kini mencari sokongan meluas antarabangsa susulan pertikaian itu.

Moscow sudah menggesa sekatan antarabangsa ke atas Pyongyang dikurangkan sementara AS menuduhnya cuba membantu negara itu mengelak beberapa sekatan, tuduhan dinafikan Russia. – AFP

Jong-un jumpa Putin esok atau lusa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *