PJ150517MS005.jpg.transformed.jpg

JPJ tingkat guna teknologi elak rasuah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil di Putrajaya, hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang giat meningkatkan penggunaan teknologi dalam sistem mereka bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan pegawai penguatkuasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata sebagai agensi penguatkuasaan yang sering berurusan dengan masyarakat, sudah tentu segala kelakuan JPJ diperhatikan.

Jelas beliau, sekiranya segala urusan bersama JPJ dapat dijalankan menggunakan teknologi, sudah tentu interaksi masyarakat dengan pegawai penguatkuasa dapat dikurangkan, sekali gus mengekang gejala rasuah.

“Penggunaan sistem teknologi seperti yang digunakan dalam pembaharuan lesen, pembayaran cukai, denda dan kompaun melalui sistem automatik dalam talian serta kiosk Tak memerlukan pegawai penguatkuasa.

“Bagi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya pula, JPJ menggunakan kaedah menangani kesalahan pemandu melalui Sistem Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Kedua-dua sistem ini berkonsepkan rakaman kamera dan Tak membabitkan hubungan terus anggota atau pegawai JPJ dengan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara JPJ dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Ab Aziz berkata, sebarang penguatkuasaan dan integriti semasa menjalankan tugas perlu diberi perhatian sebaik mungkin oleh jabatan berkaitan kerana setiap peraturan membabitkan nyawa pengguna.

“Soal integriti ini, jika dalam Islam, ia sama seperti iman dan takwa yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian, saya faham agak susah untuk mengambil satu perkara yang positif kerana kita cenderung buat yang sebaliknya, namun di sini kita perlukan budaya ingat mengingati sesama rakan sekerja,” katanya.

JPJ tingkat guna teknologi elak rasuah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *