23B08D55-8B47-453E-959D-A597BE08A48A.jpeg

Juara Clever Girl Malaysia Musim Kedua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Peserta dari Perak, Sara atau nama sebenarnya Sara Amelia Muhammad Bernard, 25, muncul juara program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) musim kedua sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Sara yang juga Lepasan Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, (Mahasiswi Pendidikan) dari Negeri Sembilan, Hani Nazrina Hanizar, 25, (Usahawan dan Graduan Sains Aktuari) dari Perlis, Shazana Kamarzaman, 24, (Mahasiswi Perubatan) dari Selangor.

Manakala Fadila diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000.

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, hos Alif Satar membuka tirai pentas akhir CGM dengan persembahan khas Gita berjudul Gemuruh.

Program yang disiarkan sejak 4 Ogos lalu selama 10 minggu diwakili 13 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Malah rancangan itu juga Tak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.

Juara Clever Girl Malaysia Musim Kedua

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *