25383023_10155976049377436_1442172440_o.png.transformed.jpg

Jumlah mangsa banjir di Kota Belud menurun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BELUD: Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 1,603 orang pagi ini, berbanding 1,845 orang, pada petang semalam.

Semua mangsa banjir daripada 688 keluarga itu masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di daerah ini, setakat jam 9.30 pagi ini.

Lima pusat pemindahan itu ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Sekolah Menengah (SM) Agama Tun Said, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) PekanĀ  dan Kompleks Sukan Butong susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Mohd Izaimi Md Daud, berkata pihaknya masih memantau secara berterusan di semua kawasan sekitar daerah, khususnya di lokasi hotspot banjir memandangkan keadaan cuaca yang Tak menentu.

“Semua mangsa yang dipindahkan dari 26 kampung yang terjejas dalam banjir berkenaan.

SERAMAI 82 orang mangsa banjir daripada 31 keluarga di tempatkan di Dewan Serbaguna Membakut setakat pagi ini. – Foto ihsan APM

“Paras air sungai di beberapa sungai utama seperti Sungai Kadamaian dan Sungai Tampasuk kini berada pada paras normal iaitu 0.56 meter dan 3.75 meter manakala Sungai Abai pada tahap waspada, 4.67 meter,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata jumlah mangsa banjir di Membakut pula meningkat kepada 82 orang daripada 31 keluarga, pada pagi ini, berbanding hanya 10 mangsa daripada empat keluarga lewat malam semalam.

“Susulan penambahan ini, kita terpaksa memindahkan mangsa banjir dari Dewan Mini Puspanita ke Dewan Serbaguna Membakut disebabkan pusat pemindahan sementara sebelumnya Tak mampu menampung kapasiti penduduk terjejas.

“Setakat ini, 12 kampung di daerah terbabit masih terjejas banjir termasuklah Kampung Papas, Kayai, Sinoko dan Lumantak.

“Paras air Sungai Membakut juga masih berada pada tahap bahaya iaitu 6.40 meter selain cuaca pagi ini dalam keadaan mendung,” katanya.

SERAMAI 82 orang mangsa banjir daripada 31 keluarga di tempatkan di Dewan Serbaguna Membakut setakat pagi ini. – Foto ihsan APM

Jumlah mangsa banjir di Kota Belud menurun

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *