LARI3_cropped.transformed_0.jpg

Jumlah pelarian ke Kanada meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELARIAN dan pendatang tanpa dokumen ditangkap kerana merentasi sempadan secara haram. – Foto AFP

TORONTO: Peningkatan tuntutan pelarian dalam dua bulan pertama 2017 meletakkan Kanada pada landasan merekodkan jumlah permohonan tertinggi sejak 2011.

Difahamkan, satu per lima individu yang melakukan tuntutan itu didapati merentasi sempadan secara haram.

Peningkatan pemohon suaka ke Kanada itu berlaku selepas pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelum ini berjanji menangkap pelarian dan pendatang tanpa dokumen.

Kerajaan Persekutuan Kanada dikritik pembangkang kerana hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat berdepan kemasukan pelarian itu.

Satu tinjauan Reuters/Ipsos itu mendapati hampir separuh warga Kanada mahu mereka yang masuk ke negara itu secara haram dihantar pulang.

Statistik diterbitkan kerajaan, hari ini menunjukkan 5,520 individu memfailkan tuntutan pelarian di Kanada pada Januari dan Februari lalu.

Jika jumlah pencari suaka semakin bertambah, ia akan membawa kepada 33,000 tuntutan pelarian difailkan di Kanada, tahun ini dan jumlah itu Adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding pada 2016.

Reuters

Jumlah pelarian ke Kanada meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *