25086690_10213362074379089_1483482345_o.png.transformed.jpg

Juragan seludup gas ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan seorang juragan menyeludup keluar 38 tong gas petroleum cecair (LPG) melalui perairan Laut Sungai Tongkang, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, barang kawalan lain yang dirampas ialah 950 kilogram (kg) minyak masak dan 950 kg gula pasir.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata suspek berumur 28 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Ketika ditahan, juragan tempatan itu Tak memiliki permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa semua barang kawalan itu.

SEBAHAGIAN barang kawalan yang di rampas PPM Tawau di kawasan perairan Laut Sungai Tongkang dekat sini petang semalam. – Foto ihsan PPM Tawau

“Kita percaya suspek cuba menyeludup keluar barang kawalan ini secara Tak sah selain menggunakan laluan yang Tak diwartakan untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazib berkata, semua barang rampasan, termasuk bot laju bersama satu unit enjin sangkut bernilai lebih RM47,110 dibawa ke Pangkalan PPM dan diserahkan kepada KPDNKK Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Perkara 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Caption:

Sebahagian barang kawalan yang di rampas PPM Tawau di kawasan perairan Laut Sungai Tongkang dekat sini petang semalam. FOTO: Ihsan PPM Tawau.

Juragan seludup gas ditahan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *