JustinBieber.jpg

Justin Bieber Diserang Lelaki Tak Dikenali

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Justin Bieber dilaporkan diserang oleh seorang lelaki Tak dikenali ketika berada di sebuah kelab di Jerman pada Jumaat lalu.

TMZ melaporkan Justin, 22, ditolak seorang lelaki dengan kasar ketika keluar meninggalkan kelab berkenaan namun sempat diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Justin ditolak kasar secara tiba-tiba tetapi dia Tak mengenali lelaki itu atau pun dilihat mengenali individu berkenaan.

“Nasib baik Justin sempat ditarik oleh seorang wanita selepas lelaki itu menolaknya,” kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan sejak awal cuba menggangu Justin ketika berada di dalam kelab namun Tak dilayan penyanyi itu.

Dipercayai individu berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu berjaya merakamkan insiden berkenaan.

Rakaman juga menunjukkan rakan perniagaan Justin, John Shahidi dilihat menangkap lelaki tersebut daripada terus bertindak agresif.

Justin Bieber Diserang Lelaki Tak Dikenali

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *