17justin.transformed.jpg

Justin Bieber selesai saman jurugambar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Justin Bieber

LOS ANGELES: Justin Bieber menyelesaikan satu saman seorang jurugambar yang mendakwa penyanyi itu menyepak dan menumbuk beliau di luar sebuah pusat membeli-belah di selatan California pada 2012.

Jurugambar, Jose Osmin Hernandez Duran menyaman Bieber pada 2013, mendakwa insiden itu menyebabkan beliau mengalami tekanan emosi teruk.

Peguam Duran, Steve Madison, berkata kes itu sudah diselesaikan tetapi beliau Tak boleh mengulas lanjut. Satu perbicaraan dijadualkan pada hari sama.

Bieber didakwa menyerang Duran ketika beliau keluar bersama penyanyi Selena Gomez yang juga teman wanitanya ketika insiden.

Menurut saman itu, Biebir sepatutnya meninggalkan pusat membeli-belah terbabit tetapi keluar daripada kereta, berlari ke arah Duran dan kemudian menyepak perutnya sebelum menumbuk mangsa di muka.

Peguam Bieber, Howard Weitzman enggan mengulas lanjut. – AP

Justin Bieber selesai saman jurugambar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *