Singapura.transformed_0.jpg

Kadar pengangguran Singapura tertinggi sejak 2010

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SINGAPURA: Kadar pengangguran di Singapura mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam tahun pada suku keempat 2016

Kadar pengangguran meningkat kepada 2.2 peratus pada suku keempat daripada 2.1 peratus pada suku ketiga, meningkat daripada angka terburuk pengangguran pada suku keempat 2010.

Data awal Kementerian Tenaga Manusia Singapura itu juga menunjukkan jumlah pekerjaan tahun lalu meningkat pada kadar paling lemah dalam lebih satu dekad.

Pakar Ekonomi Credit Suisse, Michael Wan, berkata keadaan itu menimbulkan kebimbangan dari aspek prospek ekonomi.

“Pertumbuhan penggunaan akan bertambah perlahan, yang akan memberi kesan kepada perkara seperti jualan runcit dan perbelanjaan,” katanya.

Bagi keseluruhan 2016, jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 16,400 atau 0.4 peratus, pertumbuhan paling lemah sejak 2003 Bila jumlah pekerjaan menyusut sebanyak 0.6 peratus.

Ramai Pakar ekonomi memandang risiko ekonomi Singapura perlahan pada tahun ini, selepas pertumbuhan susut ke paras terendah dalam tujuh tahun sebanyak 1.8 peratus pada 2016.

Data kementerian menunjukkan pada tahun lalu, pekerjaan dalam sektor pembuatan jatuh sebanyak 15,700, manakala pekerjaan sektor pembinaan menyusut sebanyak 11,300.

Pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pula sebanyak 43,800, turun daripada pertumbuhan sebanyak 45,500 pada tahun 2015.

Pertindihan kerja bagi tahun 2016 pula meningkat kepada 19,000, jumlah pertindihan tertinggi sejak 2009 (23,430). – AGENSI

Kadar pengangguran Singapura tertinggi sejak 2010

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *