94f2aec80b1b4f62bc69e9c08aec6222.jpeg

Kadir: Beberapa sultan berkempen halang kepulangan Dr Mahathir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ULASAN l Hakikat bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara meluas selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu.

Wan Azizah sendiri pernah mendedahkannya Tak lama selepas PRU tersebut.

Namun begitu, tindakan beliau mengulangi hal itu ketika berucap kepada rakyat Malaysia di Jakarta semalam Adalah berguna kerana bukan semua orang tahu dan faham peristiwa yang terjadi pada malam 9-10 Mei itu.

Wan Azizah dilaporkan oleh akhbar New Straits Times sebagai berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V Menciptakan tawaran tersebut kerana beliau (Wan Azizah) ketika itu Adalah Presiden PKR yang simbolnya digunakan oleh HARAPAN sebagai simbol tunggal untuk pilihan raya.

“Bagaimana pun saya menolak tawaran itu kerana saya memegang janji kita, iaitu Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan menjadi perdana menteri dan saya timbalan beliau,” katanya di majlis yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih HARAPAN, berhak mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih HARAPAN.

Dalam manifesto HARAPAN dan kempen-kempennya dinyatakan dengan jelas bahawa jika parti itu menang maka yang akan menjadi perdana menteri ialah Dr Mahathir.

Di dalam manifesto yang sama dinyatakan juga bahawa selepas Dr Mahathir maka yang akan menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memanglah pada waktu kemenangan HARAPAN itu ketua parti ialah Wan Azizah dan parti-parti HARAPAN memutuskan untuk mengguna lambang PKR setelah usaha mereka mendaftar dan menggunakan lambang HARAPAN digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Tarik gelaran Mahathir

Secara konvensyen, ketua parti yang menang diangkat menjadi perdana menteri. Tetapi di sisi undang-undang, mana-mana Pakar dewan yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat boleh dilantik menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun dalam konteks PRU ke-14, persetujuan telah pun dicapai awal-awal lagi dan dihebahkan kepada umum bahawa yang akan menjadi perdana menteri bukanlah ketua parti (PKR) Akan Tetapi Dr Mahathir yang Adalah pengerusi HARAPAN.

Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu bahawa calon perdana menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain.

Cuma timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU 9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.

Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda Adalah ayahanda kepada Sultan Muhammad V dan masih hidup.

Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen” menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.

Saya menyokong ulang sebut Dr Wan Azizah itu kerana ia memperjelaskan dan mengesahkan apa yang menjadi tekaan orang ramai pada malam 9 dan 10 Mei 2018.

Setiap perkataan yang dikeluarkan dan gerak tubuh (body language) yang dipamerkan pada saat genting itu perlu dirakamkan secara rasmi agar menjadi panduan kepada kerajaan yang ada hari ini dan petunjuk bagi generasi akan datang.

Pada malam itu rakyat Malaysia mengubah sejarah yang tiada siapa pun boleh menghalangnya.

Alhamdulillah itulah yang terjadi.

Akhir kalam:

“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta.”


DATUK A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Walau bagaimanapun, tulisan ini dibuat atas kapasitinya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang dipegangnya. Tulisan ini juga Tak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Kadir: Beberapa sultan berkempen halang kepulangan Dr Mahathir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *