ups-kajol-dan-rani-mukherjee-kompak-mas-5aea58.jpg

Kajol, Rani Mukherjee Dikutuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Baru-baru ini, anak seorang konglomerat di India iaitu Akash Ambani mengadakan majlis pertunangan dan lebih istimewa Kajol dan Rani Mukherjee turut menghadiri majlis tersebut.

Pada acara serba mewah dan meriah itu Kajol dan Rani mengenakan baju tradisional India. Kajol memakai skirt labuh berwarna biru yang dipadankan dengan top berwarna putih. Sementara Rani mengenakan gaun berwarna keemasan.

Malangnya, penampilan dua aktres Bollywood ini dikutuk gara-gara busana dua saudara sepupu ini dinilai paling jelek (worst dress).

Lapor Bollywoodlife.com, Kajol dan Rani dikatakan sama-sama Tak pandai memilih gaun untuk acara kali ini.

Selain mengenakan gaun yang kurang cantik, Rani juga dianggap Keliru memilih jurusolek. Bedaknya terlalu tebal, dengan warna yang jauh lebih terang daripada warna kulitnya.

..

Sementara Kajol pula dikritik kerana sebelum ini dia sering tampil menawan dengan busana gaun dan sari. Namun entah kenapa, untuk acara pertunangan Akash Ambani dan Shloka Mehta ini Kajol Keliru memilih busana yang dipakainya.

Kajol, Rani Mukherjee Dikutuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *