f9166c3f17faa21a130ef2417cc45149.jpg

Kalau pakat elok, boleh rampas 5 negeri – Mat Hasan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Timbalan Presiden Umno yakin kerjasama partinya dengan PAS mampu merampas kembali lima negeri yang telah jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lalu.

Mohamad Hasan berkata lima negeri yang boleh dirampas kembali ialah Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Johor.

Selain itu beliau yakin BN dan PAS mampu mengekalkan kemenangan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

“Jangan cepat cerita kerusi, kita nak menang, pakat elok-elok. Jangan Dahina-Dahina dah tamak nanti kita kalah.

“Kalau kita boleh pakat elok-elok, Melaka boleh, Negeri Sembilan boleh ambil, Perak boleh menang, Kedah menang dan kekalkan Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kalau betul-betul kita gaul elok-elok resepi, Johor boleh ambil balik. Selangor belum baca (boleh menang),” katanya ketika ceramah sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Kuala Lumpur, malam ini.

[Berita lanjut menyusul]

Kalau pakat elok, boleh rampas 5 negeri – Mat Hasan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *