Elfira_Sufian8888.jpg

Kami Akan Kahwin Tahun Ini – Sufian Suhaimi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Elfira Loy dalam tahun ini namun tarikh penikahan mereka masih belum ditetapkan.

“Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

” Kami Tak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga,” katanya.

Dalam pada itu Sufian berkata, biarpun dia jarang berjumpa dengan tunangnya itu disebabkan kesibukan kerja masing-masing namun Sufian menegaskan hubungan mereka masih baik seperti biasa.

Lagipun dia dan Elfira sepakat untuk Tak kerap berjumpa keraan mahu mengikut pesanan ibu bapa mereka.

“Bila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu selepas lapan bulan berkenalan.

Kami Akan Kahwin Tahun Ini – Sufian Suhaimi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *