fasha_dan_fazura.transformed_0.jpg

Kami tak pernah bermusuh – Fazura

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

FASHA (kanan) dan Fazura bergambar bersama pada majlis pertunjukan fesyen di ibu kota, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar yang memaparkan dua pelakon hebat, Nur Fasha Sandha Hassan dan Nur Fazura Sharifuddin ‘berselfie’ yang dimuat naik Fasha di laman Instagram malam tadi, mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang memuji dan Tak kurang juga mempertikaikan hubungan antara mereka dengan mengungkit kembali cerita lama kononnya dua aktres jelita ini bersengketa.

Kononnya juga, berikutan permusuhan itu, Fazura dan Fasha dikatakan ‘panas’ dan Tak boleh berjumpa muka. Justeru, Bila dua pelakon ini dilihat bergambar bersama, ramai yang terkejut dengan kemesraan ditunjukkan masing-masing.

Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran, apatah lagi selepas memandang sendiri keakraban kedua-duanya pada majlis pertunjukan fesyen koleksi terbaharu Rizman Ruzaini Creations sempena acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 (KLFW16) itu, di sini malam tadi, BH Online mendapatkan komen mereka berhubung perkara terbabit.

Menjawab pertanyaan itu, Nur Fazura atau lebih mesra disapa Faz meminta supaya hubungan baiknya dengan Fasha Tak dipersoalkan kerana masing-masing sememangnya berkawan baik sejak dulu lagi.

“Saya dan Fasha sudah lama berkawan dan cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami Tak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama-sama. Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya.

“Fasha juga akan hadir pada majlis pertunjukan fesyen saya nanti dengan menggayakan rekaan House Of Doll,” kata bintang Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.

Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 ini Akan mempersembahkan koleksi terbaharunya, Georgina, sempena KLFW2016 di Pavilion KL, Sabtu ini

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi turut bersependapat dengan teman seperjuangannya. Katanya, antara mereka Tak pernah ada masalah seperti didakwa.

“Saya kenal Fazura lebih 12 tahun, iaitu sejak zaman peragaan lagi. Sekarang kami sama-sama dalam industri dan sering berkongsi pandangan sebagai sahabat di dalam bidang yang kami ceburi ini. Apa yang orang cakap mengenai kami memang tak pernah berlaku sebenarnya,” ujarnya.

Ketika artikel ini ditulis, foto yang diiringi keterangan gambar berbunyi “Lawa yang keterlaluan” itu disukai 11,429 orang dan menerima 175 jumlah komen daripada pengikut Fasha.

Kami tak pernah bermusuh – Fazura

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail