kang-daniel-12.jpg

Kang Daniel (Wanna One) Sukar Berjalan, Bercakap

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Anggota kumpulan Wanna One yang mempunyai paling ramai peminat, Kang Daniel terpaksa direhatkan beberapa hari daripada menjalani aktiviti bersama kumpulannya selepas serang demam panas.

Memetik laporan Koreaboo, penyanyi berusia 20 tahun ini mula Tak sihat ketika menjalani penggambaran sebuah filem, pada Selasa lalu. Keadaannya semakin teruk Sampai memaksa penggambaran dihentikan.

Dia menerima rawatan selepas dimasukkan ke hopital sejak 6 Disember lalu. Kesakitan yang dialami mengakibatkan dia sukar untuk bercakap dan berjalan.

“Dia mengalami pening dan demam panas dan kami telah membawanya ke hospital. Disebabkan itu kami membatalkan terus penggambaran pada hari itu.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan, Kang Daniel mungkin Tak dapat mengikuti jadualnya untuk beberapa hari,” kata agensinya YMC Entertainment menerusi satu kenyaatan.

Selain Kang Daniel, Wanna One terdiri daripada 10 lagi anggota. Kumpulan sensasi Korea ini Akan Akan mengadakan konsert sulung, Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur, di Stadium Negara, pada 19 Januari depan.

Kang Daniel (Wanna One) Sukar Berjalan, Bercakap

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *