15MAYB1.transformed.jpg

Kasatkina singkir Wozniacki di Indian Wells

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat: Pemain Russia, Daria Kasatkina yang berjaya menewaskan kesemua empat penyandang juara Grand Slam setakat ini menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Caroline Wozniacki daripada WTA Indian Wells, hari ini.

Kemenangan 6-4, 7-5 Adalah yang kedua direkodkan Kasatkina ke atas Wozniacki selepas turut menewaskan penyandang juara Terbuka Australia itu di kejohanan St. Petersburg, bulan lalu.

Kasatkina, 20, memperbaiki rekodnya di Jelajah WTA pada musim ini kepada 11-6 dalam usahanya memperbaiki pencapaiannya mara ke peringkat suku akhir di sini pada 2016.

Kasatkina melakukan satu servis ace, memenangi 54 peratus daripada servis pertamanya dan mematahkan servis Wozniacki sebanyak enam kali dalam perlawanan yang memakan masa satu jam 40 minit.

WOZNIACKI membalas pukulan Kasatkina. FOTO/AFP

“Dia mengatasi saya pada hari ini, yang saya fikir cukup adil,” kata Wozniacki. “Tetapi kamu juga tahu, sekurang-kurangnya saya mencuba, saya cuba untuk melakukan apa yang saya fikir saya perlukan di sini hari ini.

“Saya hanya Tak mampu melakukannya sebaik yang mungkin seperti yang saya mahukan.”

Ia jelas satu penyingkiran yang menyakitkan bagi Wozniacki yang akhirnya berjaya mendiamkan pengkritiknya, awal tahun ini susulan kejayaan merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Melbourne.

Kemenangan ke atas Simona Halep di pentas final itu bukan saja menghadiahkan Wozniacki gelaran sulungnya di Grand Slam tetapi ranking pertama dunia tetapi kembali dirampas Halep sebelum Indian Wells. – AFP

Kasatkina singkir Wozniacki di Indian Wells

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *