1507636527_image28929.jpg

Kassim Ahmad meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Aktivis sosial, Dr Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma semalam.

Beliau meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun.

Kassim dimasukkan di hospital semalam akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat.

Anak lelakinya Ahmad Shauqi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata bapanya yang Tak sedarkan diri sejak semalam itu meninggal dunia akibat antaranya mengalami masalah berkaitan paru-paru.

Jenazah mungkin akan dikebumikan di Kulim selepas solat Asar hari ini ataupun selewat-lewatnya  pagi esok, katanya.

Kassim @ Osman Ahmad dimasukkan ke hospital itu pada 16 September lepas bagi mendapatkan rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat serta dilaporkan berada dalam keadaan koma sejak semalam.

Kassim Ahmad meninggal dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *