annuar-sheila.jpg

Kata-kata Sheila Majid Keliru – Annuar Musa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Menerusi laporan mStar online, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan penyanyi yang juga ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid di twitter mengenai kenaikan kos sara hidup Adalah Tak benar.

Portal Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC) melaporkan Annuar sebagai berkata, banyak perkara yang dikatakan Sheila Adalah Tak benar.

“Banyak yang Keliru, kerana ini bukan bidangnya,” kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar berkata, beliau menghormati pandangan dan tanggapan rakyat dan bersikap positif mengenainya.

“Kita kena hormati suara di luar sana. Kita kena beri perhatian. Kita kerajaan kena positif,” katanya.

Pada Selasa, Sheila menulis di Twitter mengenai kekecewaanya terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan Tak mencukupi,” antara yang disebut Sheila di Twitter.

Sheila turut menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia mahu Kerajaan memberi tumpuan untuk meletakkan negara kembali ke landasan.

Kata-kata Sheila Majid Keliru – Annuar Musa

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *