katherine_mcphee2.jpg

Katharine McPhee Respon Tuduhan Mahu Kikis Kekayaan David Foster

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sejak berita pertunangan antara David Foster, 68 dan Katharine McPhee 34, yang sampai ke pengetahuan umum sebulan lalu, pelbagai reaksi dan komen oleh netizen di sosial media.

Pasangan ini nampaknya seperti Tak mendapat resru daripada peminat disebabkan perbezaan usia mereka 34 tahun dan ia dianggap jarak cukup jauh. Bahkan Katharine lebih muda berbanding kelima- lima anak David Foster.

Justeru timbul dakwaan mengatakan Katharine sebenarnya seorang perempuan materialistik dan hanya mahu mengikis kekayaan David.

Bagaimanapun kehadiran naib juara American Idol musim kelima itu ke dalam hidup komposer dan penerbit muzik terkenal berkenaan sangat dialu-alukan dan disambut baik ole anak David iaitu Erin Foster yang menyokong hubungan ayahnya dengan Katharine.

Tak berdiam diri Bila dilemparkan tuduhan sebegitu, Katharine menerusi akaun Twitter miliknya memberi respon berhubung komen negatif tersebut.

“Kamu semua seharusnya memikirkan apakah kamu sudah berdaftar untuk mengundi daripada memperkatakan mengenai bersama siapa saya kan berkahwin. Terima kasih sudah datang ke program bual bicara saya” tulis secara sarkastik.

David dan Katharine mula menjalin hubungan intim sejak September 2017. Mereka mula memperlihatkan kemesraan tampil bedua di khalayak sewaktu menghadiri acara Anugerah MET Gala yang lalu.

..

Terdahulu, David pernah berkahwin sebanyak empat kali. Dia juga Adalah ayah tiri kepada adik beradik model popular, Gigi & Bella Hadid selepas menikahi Yolanda Hadid dari 2011-2017. Namun sepanjang perkahwinan tersebut, David dan Yolanda Tak dikurniakan zuriat.

Seperkara lain yang lebih menarik, David pernah menyanyi dan bermain piano ketika di majlis perkahwinan pertama Katharine.

Katharine McPhee Respon Tuduhan Mahu Kikis Kekayaan David Foster

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *