bashpemadan.transformed.jpg

Kedah bantu kes pelajar hilang di Perancis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Jamuan Santap Malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, malam tadi. – Foto BERNAMA

LANGKAWI: Kerajaan negeri sedia membantu keluarga pelajar dari Kedah yang hilang di Perancis sejak Ahad lalu, selain bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi mengesan remaja berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah, berkata wakil kerajaan negeri sudah menemui ibu Nur Shakinah Naim, 19, di Tikam Batu, Sungai Petani, semalam.

“Kita berhubung dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kedutaan Malaysia di Paris berhubung kes ini.

“Kita juga bersedia menawarkan bantuan diperlukan keluarga,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Santap Malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, malam tadi.

Nur Shakinah, anak kedua daripada enam beradik, Adalah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Rouen di Normandy, Perancis, sejak tahun lalu.

Pada jamuan Santap malam dihadiri lebih 2,000 perwakilan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, menerima Anugerah Khas sebagai menghargai sumbangannya menggerakkan aktiviti PEMADAM di negeri ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi PEMADAM, Datuk Seri Mohd Johari Baharom.

Kedah bantu kes pelajar hilang di Perancis

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *