huh23.transformed.jpg

Kedah sedia jumpa JDT di final

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ALOR SETAR: Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff memuji semangat anak buahnya yang berjaya mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut meskipun pincang tanpa tiga tonggak utama ketika menewaskan FELDA United 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman malam tadi.

Dua gol yang dihasilkan oleh pemain import, Sandro Mendonca pada babak kedua sudah cukup untuk skuad Helang Merah mengecewakan pasukan pelawat menerusi agregat 3-1.

Ketiadaan kapten Khairul Helmi Johari, arkitek pasukan Liridon Krasniqi dan penyerang Ken Ilso tampak memberi kesan Bila Kedah bermain agak perlahan pada separuh masa pertama tanpa sebarang percubaan tepat.

Bagaimanapun mereka bangkit dengan aksi lebih meyakinkan pada 45 minit kedua Bila serangan pantas mereka menghukum pertahanan FELDA.

“Walaupun tanpa tiga tonggak utama, kami masih dapat bermain dengan baik. Semua pemain mengikut arahan. Pemain bersabar untuk menjaringkan gol. Kedah bermain secara sepasukan dan kita menghasilkan gol secara berpasukan.

“Kami akan berjumpa Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di final, saya percaya kami sudah bersedia untuk berdepan mereka sekali lagi selepas Piala Sumbangsih dan Piala FA,” kata Nidzam dalam sidang media selepas perlawanan.

Kedah sebelum ini menewaskan Johor DT dalam perebutan Piala Sumbangsih menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas permainan terikat 1-1. Skuad Helang Merah kemudian sekali lagi mengecewakan Harimau Selatan 3-2 di final untuk menjulang Piala FA.

Pemain Kedah bersedia untuk berjumpa JDT selepas mara ke final ketika menewaskan FELDA United pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman. – Foto Amran Hamid

Ini final ketiga Piala Malaysia berturut-turut buat Kedah yang menjulang kejuaraan tahun lalu dengan mengalahkan Selangor hasil penentuan sepakan penalti 6-5 selepas permainan seri 1-1.

Sementara itu, bagi pengendali FELDA United, B Sathianathan, beliau mengakui anak buahnya Tak beraksi baik khususnya pada babak pertama.

“Babak pertama kami tak bermain, hanya Kedah bermain. Pemain saya Tak melakukan terjahan dan mengatur gerakan, mungkin mereka ambil mudah bila Kedah tiada tiga pemain utama.

“Akan Tetapi separuh masa kedua bermain baik cuma kami gagal menjaringkan gol yang diperlukan. Percubaan Thiago Augusto terkena tiang dan beberapa percubaan pemain lain yang biasanya boleh menghasilkan gol pula tersasar,” katanya.

Kedah sedia jumpa JDT di final

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *