1454551480_image28129.jpg

Kedah tukar MB: Aminuddin sedia hadapi kemungkinan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

“Saya akan terus bekerja seperti biasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.”

Itu reaksi bekas Exco Belia dan Sukan, Datuk Aminuddin Omar ketika diminta mengulas masa depannya dalam pentadbiran baharu bawah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bermula hari ini.

Adun Jitra itu berkata, Tak mempunyai masalah dengan exco lain walaupun sebelum ini dilihat berpihak kepada bekas MB, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya Tak bermusuh dengan sesiapa malah secara peribadi Tak mempunyai masalah dengan mereka (exco lain) walaupun mempunyai perbezaan pandangan.

“Kita ada tugas masing-masing yang lebih mustahak perlu dilakukan. Saya akan terus berkhidmat selagi khidmat diperlukan,” katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks kembang Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini petang hari ini.

Turut bersama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Terdahulu, Aminuddin bersama lebih 100 penyokong Mukhriz hadir untuk mengiringinya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Sejak kemelut politik Kedah, Aminuddin antara tiga exco kerajaan negeri berpihak dengan Mukhriz.

Beliau juga satu-satunya Adun BN yang dilaporkan Tak menandatangani surat pengakuan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Kedah tukar MB: Aminuddin sedia hadapi kemungkinan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *