sislin2.transformed.jpg

Kedutaan bantu urusan pembebasan mangsa keldai dadah di Peru

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SYZLIN, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keldai dadah dan sedang menjalani hukuman di Peru.

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru, akan berusaha memastikan urusan pembebasan Syzlin Hathaman, 42, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keldai dadah dan sedang menjalani hukuman di negara itu, berjalan lancar Bila tiba masanya.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak kedutaan di sana kerap melawat mangsa bagi menghulurkan bantuan peribadi bagi meringankan bebannya, yang turut menghidap kencing manis.

“Kementerian Luar Negeri ingin menekankan bahawa urusan pembebasan dan Pembuangankeluar banduan Adalah tertakluk kepada undang-undang negara terbabit dan hendaklah dihormati sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya.

Untuk rekod, Wisma Putra menjelaskan, Syzlin ditahan pada 19 Mei 2010 di Jorge Chaves International Airport Peru atas kesalahan membawa dan cubaan menyeludup dadah kokain seberat 2.590 kilogram.

Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun lapan bulan dan denda 5000 sol (RM6,460) bermula 17 September 2010 dan dijadual tamat pada Mei 2017.

Setelah menjalani kira-kira dua pertiga daripada tempoh hukuman, pada 25 Julai 2014, Mahkamah Peru memberi status ‘semi libertad’ (separa bebas), yang mana pesalah dibenar menjalani hukuman di luar kawasan penjara, dengan kebenaran dan syarat tertentu ditetapkan pihak berkuasa Peru.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut memaklumkan bahawa Syzlin bukanlah orang yang terkandas, tetapi masih lagi menjalani tempoh hukuman dalam sistem penal Peru.

Syzlin dalam temubual ekslusif bersama BH sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia bagi menemui keluarganya, selepas tujuh tahun ‘terkandas’ di negara itu.

Kedutaan bantu urusan pembebasan mangsa keldai dadah di Peru

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *