18ipohrejim.transformed.jpg

Keganasan ancaman buat dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menyifatkan kegiatan pengganas sebagai ancaman sebenar bukan saja bagi rantau Asia Tenggara tetapi juga kepada dunia.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, menggariskan enam perkara perlu diambil perhatian oleh angkatan tentera bagi memastikan kegiatan keganasan didalangi militan dapat dikekang.

“Paling utama ialah mengenal pasti bentuk keganasan yang berubah secara drastik sebagaimana perubahan modus operandi dan bentuk serangan sejak akhir-akhir ini.

“Dengan mengenal pasti bentuk keganasan, formula efektif dapat diambil untuk mengekang keganasan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam ucaptama persidangan meja bulat ‘Chief Army Round Talk (ChART) 2018’ sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Persidangan dihadiri 17 Ketua Angkatan Tentera termasuk dari Brunei, Sri Lanka, Singapura, Sudan, Amerika Syarikat (AS), Thailand, Pakistan dan Oman.

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menerima cenderahati dari Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim (kiri) selepas Majlis Ketua Persidangan Meja Bulat Tentera (CHART) sempena Persidangan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (kanan). – Foto BERNAMA

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, aspek kedua perlu diberi perhatian Adalah bagi angkatan tentera menyokong usaha di dalam dan luar negara dalam mengekang kegiatan pengganas serta militan.

“Perkara ketiga perlu diberi perhatian ialah jalinan kerjasama antara tentera dan pihak bukan tentera, di samping mewujudkan kerjasama strategik antara cabang ketenteraan yang ada.

“Aspek kelima ialah perkongsian maklumat antara cabang ketenteraan, bahagian kawalan keselamatan dan ‘counter terrorism’ manakala perkara terakhir ialah langkah perlu diambil untuk mengekalkan kawalan keselamatan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah, antara langkah sudah diambil dengan pengenalan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA) dan penubuhan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).

Keganasan ancaman buat dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *