yeahh14.transformed.jpg

Kejayaan Burnley buat Dyche bangga

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Pengurus Burnley, Sean Dyche muncul ‘lelaki paling bangga di Proudsville’ selepas pasukannya menewaskan Stoke City 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi.

Kemenangan kesembilan daripada 17 perlawanan kini meletakkan Burnley di kedudukan keempat liga dengan 31 mata untuk memintas Livepool, Arsenal dan Tottenham sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam.

Ashley Barnes meledak gol kemenangan selepas 89 minit aksi untuk suasana di Turf Moor bertukar menjadi pesta dan biarpun kemenangan itu Tak akan dikenang selamanya, Dyche Tak peduli.

“Saya begitu bangga, saya amat bangga, sayalah lelaki paling bangga di Proudsville,” kata Dyche yang mula memegang jawatan itu pada 2012.

KEJAYAAN awal pagi tadi Adalah kemenangan kesembilan daripada 17 perlawanan Burnley dan meletakkan mereka di kedudukan keempat liga dengan 31 mata untuk memintas Livepool, Arsenal dan Tottenham. – Foto AFP

Burnley hanya bolos 12 gol liga sepanjang musim ini, berada di belakang dua pasukan teratas Manchester City dan Manchester United, selain turut menang empat daripada enam aksi terakhir.

Ditanya jika beliau berasa yakin untuk skuad kendaliannya beraksi dalam kempen Eropah musim depan, Dyche berkata pasukannya perlu terus kekal merendah diri.

“Saya fikir ramai orang yang bercakap perkara baik. Saya percaya pada realiti kerana divisyen ini boleh memakan anda hidup-hidup,” katanya.

“Bukan saya mahu bersikap negatif. Saya sedar halangan yang menanti kami selepas ini. Apapun penyokong dan bandar ini perlu menikmati suasana penting ini.” – Reuters

Kejayaan Burnley buat Dyche bangga

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *