blo20_BHfield_image_listing_featured.var_1553096094.jpg

Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia dilancar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) bagi musim 2019 dilancarkan dengan meriah di TPC Kuala Lumpur di sini, dengan sasaran untuk mencari lima pemain terbaik bagi mewakili Malaysia pada saingan final dunia di Kota Kinabalu, pada Oktober ini.

Pelancaran disempurnakan bersama oleh Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden WAGC, Isac Saminathan; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Penaung WAGC Malaysia, Datuk A Sani Karim.

PERODUA Adalah penaja kejuaraan WAGC untuk tempoh lapan tahun berturut-turut dengan pertandingan dianjurkan oleh Delta Trend Golf & Leisure Holiday dan Tourism Malaysia. Seramai 45 pemain golf amatur dunia daripada 40 negara dijangka menyertai peringkat final pada 19 Sampai 26 Oktober nanti.

PENGERUSI penganjur, Lokman Ishak (kiri sekali), Isac (empat dari kiri), Asmat (enam dari kiri) dan A Sani (empat dari kanan) bersama pemenang di TPC KL.

Selain Kuala Lumpur, saingan kelayakan kejohanan ini akan turut diadakan di Johor, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak yang akan berlangsung setiap bulan bermula 21 Mac sehingga final.

Selain menjadi menjadi tuan rumah untuk final kejohanan berkenaan di Sabah Golf & Country Club, tiga lagi lapangan golf di Sabah dipilih sebagai tuan rumah bagi pusingan kelayakan peringkat kebangsaan iaitu Sutera Harbour Marina Golf & Country Club, Nexus Golf Resort Karambunai serta Dalit Bay Golf & Country Club.

Dalam pada itu sempena pelancaran kejohanan tahunan ini turut diadakan kelayakan pusingan pertama di TPC Kuala Lumpur yang disertai 83 pemain.

Pemenang bagi kategori A Adalah Mansol Mamat selain Datuk Abdul Rahman Rahim (B), Nor Azhar Bin Mohamad Nor (C), Datuk Ahmad Zaki Hasan (D) dan Datuk Zarim Ahmad (E). Hadiah kepada pemenang Di Katakan oleh Asmat, Sani dan Isac.

Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia dilancar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *